Sarawak berminat jalin kerjasama dalam bidang latihan kemahiran dan pendidikan lanjut dengan Australia

Sarawak melihat mungkin meluaskan kerjasama dengan Australia dalam pembangunan bidang latihan kemahiran dan pendidikan lanjutan.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, Sarawak seharusnya mempunyai asas sumber manusia kukuh kerana kini membangunkan pengangkutan awam hijau.

Bernama pada Selasa melaporkan bahawa Abang Johari berkata Sarawak juga berminat menjalinkan kerjasama dengan Kangan Institute,  Melbourne, Australia dalam bidang latihan berkaitan pertanian pintar dan digital.

Ia amat bertepatan memandangkan Sarawak kini melaksanakan program transformasi pertanian dalam usaha menjadi pengeluar makanan.

Abang Johari berada di Melbourne bagi lawatan kerja lima hari.

Kangan Institute merupakan penyedia latihan perantis terbesar  yang merangkumi pelbagai industri di Australia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kangan Trevor Swenke berkata institut itu bersedia membantu Sarawak berdasarkan kepakaran dan pengalaman dimiliki mereka, sambil berharap perbincangan lanjut akan diadakan dalam menentukan bagaimana mereka dapat membantu negeri berkenaan dalam bidang TAFE.

Pada Khamis, Abang Johari akan menerima anugerah Doktor Kehormat dari Swinburne University of Technology, sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan beliau yang lama dan cemerlang kepada Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: