Sarawak bangga hos Majlis Anugerah Televisyen Asia Ke-23

Kerajaan Sarawak berbangga menjadi tuan rumah tahun ini bagi majlis penyampaian Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-23 kerana ia menunjukkan bahawa bandar raya Kuching mampu menambat hati orang ramai.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata anugerah itu memberi pelbagai manfaat kepada rakyat Sarawak terutama kepada mereka yang terlibat dalam industri pelancongan yang semakin berkembang.

Ini memandangkan sambutan baik yang diterima daripada pelancong dan pelawat,” kata beliau dalam ucapannya pada majlis jamuangala ATA di Kuching, malam Jumaat.

Ini kali pertama dalam sejarah ATA dihoskan di Malaysia sebagai tuan rumah baharu untuk anugerah televisyen antarabangsa yang berprestij itu.

Majlis penyampaian anugerah yang akan disiarkan secara langsung akan diadakan malam Sabtu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan selebriti terkenal dari Asia yang mengesahkan kehadiran antaranya ialah Alvin Chong, Via Vellen, Qu Wanting, Gary Valenciano dan lain-lain.

Anugerah tersebut menarik beratus-ratus penyertaan setiap tahun merangkumi penyiar termasuk stesen televisyen bebas, platform tv berbayar, perkhidmatan streaming digital dan banyak syarikat penerbitan bebas di Asia.

SUMBER: BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: