Sarawak akan tubuh ‘unit penguatkuasaan perairan’

Ordinan Perikanan Sarawak 2003 akan dipinda.

YAB Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Abang Openg berkata pindaan ini dilakukan bagi mengurus lebih baik aktiviti penangkapan ikan di sungai dan laut.

Pindaan itu jelasnya samada akan dilakukan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada November 2019 atau April 2020.

Dedahnya, menerusi pindaan itu juga Kerajaan Negeri akan berkuasa menubuhkan unit penguatkuasaan sendiri.

Unit ini kelak menurutnya diberi kuasa menahan nelayan asing yang menceroboh dan menangkap ikan di perairan negeri Sarawak.

Utusan Sarawak dipetik berkata unit penguatkuasaan itu akan diletak di bawah Jabatan Ketua Menteri.

YAB Ketua Menteri menyatakan perkara ini ketika berucap pada Majlis Penanaman Tukun Tiruan di Perairan Igan-Mukah di Oya pada 1 Oktober 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: