Sambutan menggalakkan temuduga terbuka polis di Sibu

Gambar daripada FB Polis Sarawak.

Dianggarkan seramai 1,000 orang menghadiri temuduga terbuka jawatan Konstabel dan Konstabel Tambahan (Lelaki) PDRM di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu hari ini.

FB Polis Sarawak melaporkan sambutan ‘meriah dan luar biasa’ berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Proses pengambilan itu diadakan mulai hari ini hingga Sabtu ini.

“Seramai 1000 orang calon lelaki telah hadir ke eksesais pengambilan di IPD Sibu pada hari ini, dan ini menunjukkan peningkatan dalam kehadiran berbanding eksesais pengambilan jawatan yang sama yang telah diadakan di Batalion 12 Miri, Pasukan Gerakan Am pada 18 dan 19 November lalu,” FB Polis Sarawak melaporkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: