Safiee syor penubuhan Agensi Pembangunan Kawasan Pesisir

Agensi Pembangunan Kawasan Pesisir (CADA) disyorkan penubuhannya oleh ADUN Daro Safiee Ahmad dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak, pada Rabu.

“Untuk mencapai pembangunan yang seimbang di seluruh negeri khususnya di kawasan luar bandar adalah dicadangkan juga supaya sebuah agensi yang serupa

ditubuhkan juga bagi kawasan luar bandar pesisir yang boleh dikenali sebagai Coastal Area Development Agency (CADA),” kata beliau.

Jelasnya, pendekatan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri untuk mempercepatkan pembangunan infrastruktur secara terancang dan tersusun khususnya di kawasan pedalaman luar Bandar melalui penubuhan tiga agensi iaitu Upper Rejang Development Agency (URDA), Highland Development Agency (HDA) dan Northern Region Development Agency (NRDA) merupakan kaedah terbaik.

“Penduduk di kawasan pesisir merangkumi hampir sebahagian daripada rakyat negeri ini masih ada yang belum menikmati kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik, bekalan air dan beberapa infrastruktur asas yang lain,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: