Runtuhan bangunan City One, dua mangsa masih terperangkap

KUCHING: Dua mangsa masih terperangkap manakala 16 lagi telah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan dalam insiden runtuhan bangunan di City One Megamall,Jalan Song, di sini tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Khirudin Drahman berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.37 tengah hari.

“Kejadian melibatkan runtuhan bangunan yang disebabkan oleh letupan gas,”katanya di sini hari ini.

Katanya, kini anggota Bomba masih membuat penyelamatan terhadap mangsa yang masih terperangkap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: