Rumah tidak berpenghuni terbakar

KUCHING: Sebuah rumah kosong yang tidak didiami terbakar di Jalan Foochow Nombor Satu,Tree Hill Park di sini tengah hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.29 tengah hari.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman jenis struktur kekal dua tingkat yang terbakar keseluruhan,”katanya di sini hari ini.

Katanya,kini anggota Bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: