Rumah teres terbakar di Taman Harmoni

KOTA SAMARAHAN:Sebuah rumah teres setingkat di Taman Harmoni,Jalan Datuk Mohd Musa di sini terbakar malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 7.27 malam.

“Setibanya pasukan Bomba di tempat kejadian didapati kebakaran melibatkan ruang tamu rumah.

“Difahamkan semasa kebakaran penghuni tiada di rumah,”katanya di sini hari ini.

Katanya, kebakaran telah dipadam oleh pasukan bomba menggunakan satu aliran hos air dari tangki jentera.

“Kebakaran tersebut telah memusnahkan 30 peratus ruang tamu rumah tersebut.

“Tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: