Rumah terbakar, warga emas melecur

PAKAN:Sepasang suami isteri warga emas melecur dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Simpang di sini malam tadi.

Mangsa yang melecur ialah Nelson Bada,76, pada anggota kepala, kedua dua kaki serta bahagian belakang badan manakala isterinya Leta Gemong,61,
melecur pada kaki kanan dan tangan kanan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada jam 11.50 malam.

“Kebakaran telah melibatkan satu rumah kediaman dua tingkat jenis separuh kekal yang musnah keseluruhannya,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal oleh EMRS Sarikei seterusnya dihantar ke hospital Sarikei bagi mendapat rawatan.

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari pili bomba berdekatan,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: