Rumah terbakar di Jalan Berjaya

SIBU: Sebuah rumah terbakar di Jalan Berjaya di sini tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.20 tengah hari.

“Kebakaran melibatkan bahagian bawah sebuah rumah teres dua tingkat. Kebakaran telah memusnahkan 80 peratus bahagian bawah rumah tersebut,”katanya di sini hari ini.

Katanya,tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan,punca kebakaran sedang dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: