Rugi lebih setengah juta,kereta mewah terbakar

BINTULU: Pemilik kediaman di Tama Li Hua di sini mengalami kerugian dianggarkan lebih setengah juta ringgit apabila tiga buah kereta mewahnya terbakar pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.38 pagi.

“Kebakaran melibatkan tiga buah kenderaan yang diletak di parkir rumah iaitu Lexus RX, Toyota Land Cruiser dan dan Mercedes,”katanya di sini hari ini.

Katanya,kebakaran juga turut menjejaskan siling parkir dan juga ‘smoke damage ‘ di ruang tamu rumah tersebut.

“Anggota Bomba yang tiba di lokasi bertindak menggunakan sumber air dari pili Bomba dan jentera untuk memadamkan kebakaran tersebut,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: