RM314.5 BILION PERUNTUKAN UNTUK BELANJAWAN 2019

Belanjawan 2019 akan memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion dalam perbelanjaan berbanding peruntukan kira-kira RM290.4 bilion pada 2018.

Ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata daripada jumlah itu, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

“Peruntukan ini tidak termasuk simpanan luar jangka berjumlah RM2 bilion, katanya ketika membentangkan belanjawan sulungnya.

Di bawah peruntukan pembangunan, katanya sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM29.2 bilion yang merangkumi pengangkutan, perdagangan, industri, tenaga dan kemudahan awam dan pertanian.

Sektor sosial akan menerima sejumlah RM15.2 bilion, sektor keselamatan diperuntukkan RM7.1 bilion dan sektor pentadbiran am sebanyak RM3.2 bilion.

Menurut Lim, peruntukan pembangunan menyaksikan peningkatan daripada RM44.9 bilion pada 2017 kepada RM54.9 bilion dan RM54.7 bilion pada 2018 dan 2019 masing-masing.

“Sebab utama yang menyumbang kepada peningkatan ini adalah pengelasan semula apa yang dahulunya digolongkan sebagai peruntukan mengurus, kepada peruntukan pembangunan yang berjumlah RM6.9 bilion pada tahun 2018 dan RM9.7 bilion pada tahun 2019,” katanya.

[BERNAMA]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: