RM2.7 juta cukai pelancongan belum dibayar kerajaan Persekutuan kepada Sarawak

Gambar hiasan menunjukkan Mulu sebagai salah satu produk pelancongan Sarawak.

Kerajaan Persekutuan masih berhutang kepada kerajaan Sarawak hasil kutipan cukai pelancongan sebanyak RM2.7 juta.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Bernays jumlah itu ialah hasil kutipan bagi tempoh 1 Sept hingga 31 Dis 2017 sebanyak RM439, 731 dan sebanyak RM2.32 juta untuk 1 Januari hingga September 2018.

“Sabah telah menerima hasil cukai berkenaan dan saya tahu kerana saya baru balik dari Sabah,” kata Abdul Karim.

Ketika di Sabah beliau telah berjumpa dengan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelamcongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Katanya, meskipun jumlahnya tidak besar, ia berguna untuk merancakkan inudustri pelancongan.

“Sama ada jumlahnya RM100,000 atau RM200,000, ia merupakan hak kita dan kerajaan persekutuan perlu membayarnya,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian pada malam Anugerah Kenyalang Pelancongan Sarawak 2017/18 di Kuching, Khamis. –Sarawakvoice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: