Rivaldo sertai sesi pemilihan skuad Ngap Sayot

Menurut halaman rasmi facebook Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) atas nama “Official Sarawak FA”, Rivaldo atau nama sebenar beliau Rivaldo Adrill Wilson Rentap berusia 20 tahun merupakan seorang pemain bolasepak yang berasal dari Saratok, Sarawak.

Daripada rujukan Sayang Sarawak, Rivaldo merupakan salah seorang pemain untuk skuad Piala Presiden Sarawak dan beliau bermain di posisi pertahanan.

Beliau juga pernah dipilih menyertai kem latihan B-21 Malaysia pada bulan Mac yang lepas.

Nama beliau diberikan oleh kedua orang tua beliau bersempena dengan nama pemain pertahanan Piala Dunia Brazil, Rivaldo Vítor Borba Ferreira suatu ketika dahulu.

Namun keputusan samada beliau akan dipilih menyertai pasukan Sarawak untuk saingan liga Malaysia musim 2019 belum lagi muktamad. Ini bergantung kepada keputusan barisan kejurulatihan baru Sarawak.

Kami di Sayang Sayang mendoakan selamat maju jaya dan semoga terpilih mewakili skuad Ngap Sayot kepada Rivaldo.

Kredit Gambar: Official Sarawak FA

#sayangsarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: