Rancang perjalanan ketika balik kampung

BINTULU: Pengguna jalan raya di negeri ini dinasihatkan merancang perjalanan mereka jika hendak balik ke kampung halaman sempena perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru tidak lagi lagi.

Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luar berkata, sebelum memulakan perjalanan jauh kenderaan hendaklah diperiksa agar benar-benar dalam keadaan selamat.

“Janganlah memandu secara terburu-buru,rancanglah jadual perjalanan agar kita sampai ke destinasi dalam keadaan selamat,”katanya sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Bahagian Bintulu bersama agensi kerajaan dan swasta di sini hari ini.

Katanya,kebanyakaan kemalangan berlaku berpunca daripada sikap pemandu sendiri yang tidak mematuhi peraturan di jalan raya.

“Risiko kemalangan boleh dielakkan jika kita memandu secara berhemah dan sentiasa menitikberatkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,”ujarnya.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: