Rancakkan pembangunan Bahagian Samarahan,IRSDA ditubuhkan

KOTA SAMARAHAN: Agensi Pembangunan Samarahan Serantau Bersepadu (IRSDA) ditubuhkan dalam usaha untuk terus memacu pembangunan di kawasan itu.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata,IRSDA akan bertindak sebagai sebuah agensi yang menjalankan perancangan pembangunan di Bahagian Samarahan.

“Bahagian Samarahan merupakan sebuah kawasan yang pesat membangun di Sarawak.

“Justeru,dengan adanya agensi ini dapat membantu perlaksanaan pembangunan yang hendak dirancang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) di Dewan Suarah di sini, malam tadi.

Menjelas lanjut,katanya, kerajaan negeri akan memberi dana dan terserah kepada wakil rakyat di kawasan itu bagi perancangan aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan.

“Selain di Bahagian Samarahan agensi ini turut sudah ditubuhkan di kawasan utara iatu di Lawas dan kawasan tengah di Hulu Rajang dengan peruntukkan program pembangunan bernilai RM 1.5 bilion,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: