Puteri Dang Balai muncul Raja Sungai Regata Sarawak 2018

KUCHING: Pasukan Puteri Dang Balai yang mewakili Yayasan Sarawak merampas gelaran Raja Sungai pada tahun ini setelah muncul juara bagi kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki sempena temasya Regata Sarawak 2018 yang melabuhkan tirai hari ini.

Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan pasukan pilihan itu merangkul piala rebutan utama Piala TYT (Yang Dipertua Negeri) dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta piala iringan.

Tempat kedua dimenangi pasukan Ranger 1966 dan ketiga juga dari pasukan Yayasan Sarawak dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM8,000 dan RM6,000 beserta piala iringan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing ditemani Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais dan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan.

Bagi kategori Bidar 20 Pekayuh Lelaki VIP pula, juara dimenangi pasukan ADUN Tupong Fazzruddin Abd Rahman manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pasukan Ernaz Cahaya Zen (YB Anwar Rapa’ee) dan Pusaka (Timbakan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan).

Kategori Bidar 25 Pekayuh Lelaki (Piala Petronas) pula, juara dimenangi pasukan Cahaya Zen manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pasukan Jang Sebauh Bintulu dan Landas 26.

Kategori Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Piala Petra Energy) dimenangi pasukan dari Jabatan Tanah dan Survei Landas 36 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi pasukan Jang Pantai Damai dan Landas 38.

Sementara itu, pasukan Cats FM muncul juara dalam kategori 20 Pekayuh Lelaki manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Landas 54 dan Puteri Dang Balai.

Untuk kategori Bidar 20 Pekayuh Lelaki (Antara Bahagian), juara dimenangi pasukan Buraq Terbang N3 Tanjung Datu manakala naib juara dimenangi Udak Samarahan dan tempat ketiga dimenangi pasukan Pusaka.

Dalam kategori Bidar 20 Pekayuh Campuran (15 lelaki dan 5 wanita) pula, pasukan Udak merangkul gelaran juara diikuti pasukan Yayasan Sarawak ditempat kedua dan pasukan Buraq Terbang N3 Tanjung Datu tempat ketiga.

Kategori Kenyalang 20 Pekayuh Lelaki (IPTA/IPTS) pula, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Teguh Bersama muncul juara diikuti pasukan Swinburne Pirates tempat kedua dan pasukan Unimas Gemilang tempat ketiga.

Bagi kategori Bidar 15 Pekayuh Campuran (10 lelaki dan 5 wanita) pula, gelaran juara dimenangi pasukan Udah diikuti pasukan Buraq Terbang N3 Tanjung Datu tempat kedua dan pasukan Imbok PBB N13 Batu Kitang di tempat ketiga.

Sementara itu, pasukan Keris Terbang Jang Kuching muncul gelaran juara dalam kategori Balok 7 Pekayuh Lelaki manakala tempat kedua dimenangi pasukan Imbok PBB N13 Batu Kitang dan tempat ketiga pula disandang pasukan Pusaka Tiga.

Kategori Bidar 10 Pekayuh Lelaki pula, juara dimenangi pasukan Keris Terbang 10A diikuti pasukan RG4RC Satu di tempat kedua dan pasukan Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak di tempat ketiga.

Bagi kategori Kenyalang 20 Pekayuh Campuran (15 lelaki dan 5 wanita) IPTA/IPTS pula, pasukan Unimas Teguh Bersama muncul juara diikuti pasukan Swinburne Pythons naib juara dan tempat ketiga dimenangi pasukan Unimas Gemilang.

Sumber: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: