Projek tukun tiruan di perairan Sarawak mula membuahkan hasil

BUKAN sahaja untuk memulihara hidupan laut seperti penyu, tetapi program tukun tiruan yang dilaksanakan di sepanjang laut Sarawak, dari Tanjung Datu hingga ke Lawas telah memberi manfaat kepada kehidupan para nelayan.

“Ini dibuktikan dengan kejayaan pelaksanaan program di perairan Sematan dan Belawai apabila jumlah tangkapan (ikan) bertambah baik selepas dipasang tukun tiruan.

“Dalam pada kita giat memelihara perairan Sarawak daripada kegiatan pukat tunda haram, spesies laut akan dapat membesar dan nelayan tempatan akan dapat memperolehi tangkapan lebih baik dan pendapatan bertambah,” jelas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg.

Ketua Menteri Sarawak berkata demikian semasa melancarkan program tukun tiruan bagi kawasan Muara Tebas hingga ke Sebuyau pada 29 Jun 2020. Sepanjang kawasan tersebut, Sarawak Forestry Corporation (SFC) menurunkan 1,200 tukun tiruan.

Ia merupakan sebahagian Projek Tukun Tiruan Sarawak di bawah SFC yang diilhamkan Ketua Menteri Sarawak sejajar dengan matlamat memulihara alam semulajadi.

Program tersebut bermula pada 2018 dengan matlamat menanam 17,200 tukun tiruan sepanjang perairan Sarawak.

Setakat ini, SFC telah menanam 600 tukuan tiruan di perairan Belawai-Paloh pada 2018; 600 di perairan Lawas; 1,200 antara perairan Igan dan Mukah pada tahun lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: