Projek Tebatan Banjir Fasa II di Kpg Jeriah, DUN Nangka dijangka siap Januari 2021

Fasa II projek tebatan banjir di Lorong Kampung Jeriah Utara 2, Lorong Kampung Jeriah Barat 1, 3 dan 5, Sibu yang telah bermula 9 Januari lepas dijadual akan siap pada 7 Januari 2021.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam, YB Dr Annuar Rapa’ee merangkap ADUN Nangka berkata setelah siap ia akan dapat menyelesaikan masalah banjir di Kampung Jeriah.

Fasa kedua merangkumi penambahbaikan jalan atau longkang, penurapan jalan sepanjang 1.52 kilometer selain penambahbaikan saliran.

Jalan juga akan ditinggikan. Sudah tentu beberapa jalan kecil akan dibina untuk menghubungkan rumah seperti pada fasa pertama.

“Selesai sahaja projek tebatan banjir ini kelak, ia akan dapat menangani masalah banjir di hampir semua kawasan di kampung ini.

“Sekali gus akan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif di kampung ini,” katanya baru-baru ini ketika meninjau projek tersebut.

Fasa I siap pada 30 November 2019.

Gambar-gambar kredit kepada FB DUN Nangka. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: