Projek-projek bernilai RM22 juta untuk kawasan DUN Saribas

YB Mohd. Razi Sitam, Ahli Dewan Undangan Negeri Saribas berkata projek bernilai RM22 juta akan dilaksanakan di kawasan tersebut.

Antara projek itu ialah menaik taraf Jalan Medang, Jalan Buda, Jalan Paya Bakong dan Jalan Blassau.

Projek menaik taraf Jalan Medang, Jalan Buda dan Jalan Paya Bakong masing-masing menelan kos sebanyak RM6 juta dengan satu lagi projek iaitu menaik taraf Jalan Blassau berjumlah RM4 juta.

Kesemua projek naik taraf
jalan itu dilulus oleh Ketua Men-
teri, Datuk Patinggi Abang Johari
Tun Openg tahun lepas.

Selain kerja menaik taraf jalan
berkenaan, beliau juga difaham-
kan kerja menaik taraf sistem
pembentung dan jambatan kecil
untuk Paya Bakong dan Blassau juga akan dilaksanakan pada tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: