Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak

Kenyataan Media JKR Sarawak
5 Ogos 2018

Merujuk kepada pertanyaan DAP Sarawak yang dikeluarkan oleh Dayakdaily.com / Utusan Borneo pada 4 Ogos 2019 mengenai status Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

Projek ini merupakan projek baru yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia ke 11 (RP3 RMKe -11).

Memandangkan cadangan jajaran jalan terdahulu itu melibatkan pengambilan unit kediaman yang banyak, rezab jalan yang sempit, jajaran jalan yang berselekoh tajam, pengalihan utiliti yang banyak, kos pampasan tanah yang tinggi, struktur rintangan tanah yang mahal, gangguan kepada traffik sedia ada, maka satu jajaran baru telah dicadangkan.

Tapak untuk jajaran baru ini telah diluluskan oleh Sarawak State Planning Authority dan kemudiannya disetujui oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) pada bulan Mei 2019 dengan syarat kos projek tidak melebihi siling yang telah diluluskan oleh Ministry of Economic Affair Malaysia (MEA) sebelum ini.

Jajaran baru ini akan melibatkan 2 seksyen.

Seksyen utama adalah untuk menyambungkan kawasan Stutong dengan kawasan Muara Tuang bagi menyuraikan kesesakan taffik di antara Kuching dan Samarahan.

Seksyen utama ini akan dibina kepada JKR U5 Standard dengan panjangnya kira-kira 6.5km. Dalam seksyen utama ini, dua jambatan konkrit akan dibina untuk merentasi Sungai Stampin dan Sungai Kuap.

Seksyen kedua adalah untuk menyambungkan Seksyen utama dengan kawasan Sungai Tapang bagi menyuraikan kesesakan traffik di antara Kuching dan kawasan Sg. Tapang, kawasan Batu 7 serta Kota Sentosa.

Seksyen kedua ini juga akan dibina kepada JKR U5 Standard dengan panjangnya kira-kira 1.3km.

Dalam seksyen ini, satu jambatan konkrit akan dibina merentasi Sungai Sangkoh.

Dengan siling projek sebanyak RM129.7 juta, kedua-dua seksyen jalan ini akan dibina dengan 2 lorong 2 hala dan sebahagian seksyen akan dibina dengan 4 lorong 2 hala.

Pasa masa ini, pihak JKR Sarawak sedang menjalankan kajian Impak Alam Sekitar dan kerja-kerja ukur tanah di sepanjang jajaran jalan ini.

Manakala proses perolehan perkhidmatan perunding untuk rekabentuk terperinci sedang dijalankan secara tender terbuka.

Selain itu, Value Assessment Lab (VA) untuk memuktamadkan skop dan kos projek ini bersama-sama dengan MEA juga telah dijadualkan pada bulan September ini.

Bergantung kepada keputusan VA dan kelulusan MEA nanti, rekabentuk terperinci akan dapat dimulakan.

Peruntukan tahun 2019 akan diguna pakai untuk melaksanakan kerja-kerja awalan, rekabentuk dan pampasan tanah.

Kami menjangkakan pembinaan jalan ini akan bermula dalam tahun 2020 mengambil masa selama 2 tahun dan
akan disiapkan dalam tahun 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: