PETROS kini penjual, pengedar dan pembekal gas tunggal di Sarawak

PETROLEUM Sarawak Berhad (PETROS) kini merupakan entiti tunggal bagi membekal, menjual dan pengedaran gas domestik untuk kegunaan rumah, perniagaan dan industri.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata dengan ini, Sarawak berada pada kedudukan yang kukuh bagi menambah daya tarikan sebagai negeri destinasi pelaburan pilihan.

Juga, ia akan melonjakkan pembangunan ekonomi Sarawak ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi pada tahun 2030, jelasnya.

Datuk Amar berkata demikian pada majlis menandatangani ‘Sarawak Domestic Gas’ di Kuching pada 12 Februari 2020 antara Petros dan Petronas.

Dengan menandatangani ini, menurut Datuk Amar, berkuatkuasa pada 1 Januari 2020, Sarawak mempunyai kawalan dan kuasa penuh berkaitan membekal, penjualan dan pengedaran ke atas gas asli di negeri Sarawak.

Ia sejajar dengan Ordinans Pengedaran Gas Negeri 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: