Perompak guna penggali mekanikal larikan wang tunai RM9.5 j

Rome: Pencuri menggunakan penggali mekanikal untuk memecahkan van berperisai di lebuh raya di selatan Itali dan melarikan diri dengan wang tunai berjumlah lebih dua juta euro (RM9.5 juta).

Van keselamatan biru itu meninggalkan bandar raya Bari dan membawa wang pencen untuk diagihkan di pejabat pos di Matera apabila ia disekat di jalan oleh dua lori.

Dua penggali kemudian mengopak kenderaan itu, menggunakan peralatan mekanikal seperti pembuka tin untuk mencuri wang berkenaan.

Lori itu kemudian dibakar ketika mereka melarikan diri dengan wang rompakan dengan kereta yang menunggu. — Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: