Perkhidmatan Doktor Udara masih diperlukan di Sarawak

Ahli Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi ingin mengetahui status terkini Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) di Sarawak.

Ini kerana katanya, perkhidmatan ini masih diperlukan oleh rakyat di negeri ini terutama mereka yang tinggal di pedalaman yang tidak mendapat akses logistik dan hospital terdekat.

Beliau bertanya di manakah kawasan-kawasan atau kampung terlibat, kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri, kekerapan PDU ke kawasan terlibat dan jumlah pesakit yang menerima rawatan melalui perkhidmatan ini.

Ahmad Johnie bertanya demikian kepada Kementerian Kesihatan semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: