‘Perkemas cara kerja untuk capai misi’, Awang Tengah kepada kakitangan awam negeri

Kakitangan kerajaan negeri haruslah sentiasa memberikan perkhidmatan yang cekap dan berusaha memastikan jabatan atau kementerian mendapat rating terbaik.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, organisasi kerajaan harus menyedari hakikat betapa pentingnya perkhidmatan yang diberikan memuaskan orang awam.

“Dalam konteks kementerian, saya ingin memuji Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan negeri yang baru-baru ini mendapat rating lima bintang dari jabatan perbendaharaan negeri,” kata Datuk Amar Haji Awang Tengah.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam apresiasi kementerian di Kuching, baru-baru ini.

Awang Tengah menambah dengan sebanyak RM85.3 juta diperuntukkan untuk pembangunan estet perindustrian dan RM18.4 juta untuk pembangunan usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana pada pembentangan bajet 2019, kementerian tersebut akan mula sibuk tahun hadapan.

“Justeru saya memohon kesemua kakitangan untuk memperkemas cara kerja dan penyampaian agar misi kementerian dapat dicapai,” tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: