Perjalanan Sarawak dalam industri minyak dan gas

Sejarah perjalanan Sarawak dalam industri minyak dan gas (O&G) bermula dengan pengoperasian telaga minyak pertama yang dikenali sebagai ‘Old Lady’ di Miri pada 22 Disember 1910.

Kilang penapis pertama minyak Sarawak dibina oleh Shell di Tanjung Lobang, Miri, dan kemudiannya berpindah ke Lutong, Miri.

Pada 1920, Rajah mengeluarkan apa yang dikenali sebagai ‘Perintah Konsesi Shell’, yang menetapkan kawasan di Miri sebagai penerokaan dan perlombongan minyak oleh Sarawak Oilfields Limited, dimiliki oleh Shell.

Pada 1930-an, Belanda dan British memulakan penerokaan luar pesisir minyak Baram.

Pada 1952, kerajaan penjajah Sarawak mengeluarkan pajakan minyak dalam bentuk surat ikatan kepada Medan Minyak Sarawak, memberikan syarikat kebebasan, hak dan keistimewaan untuk meneroka dan mengendalikan semua petroleum yang terletak di dalam atau di bawah atau di seluruh wilayah yang terdiri daripada jajahan Sarawak, termasuk tanah di bawah semua perairan wilayah.

Pada 1954, Queen-in-Council meluluskan Perintah Sarawak (Perubahan Sempadan) untuk memperluas sempadan Sarawak bagi memasukkan dasar laut dan tanah bawahnya yang terletak di bawah laut bersebelahan perairan wilayah Sarawak.

Pada 1958, Majlis Negeri kemudiannya (Dewan Undangan Negeri) meluluskan Ordinan Perlombongan Minyak bagi menyediakan peruntukan yang lebih baik dalam undang-undang berkaitan perlombongan minyak di Sarawak dan pelantar benuanya.

Pada 1960, penerokaan berkembang dari darat ke luar pesisir, dengan Orient Explorer menjadi pelantar penggerudian mudah alih pertama yang digunakan.

Pada 1963, medan Baram menjadi medan luar pesisir pertama, dan pada 1965, Miri menjadi bandar pertama dengan sistem paip gas.

Pada 1968, West Lutong mengeluarkan minyak luar esisit pertamanya.

Malaysia LNG Sdn Bhd diperbadankan pada 1978, dan kargo eksport pertama dihantar pada Januari 1983.

Pada 1979, Terminal Minyak Mentah Bintulu menjadi projek perindustrian utama pertama memulakan pembinaan di Tanjung Kidurong, dan pada tahun berikutnya, ASEAN Bintulu Fertiliser ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1985.

Pada 1986, Shell Middle Distillate Synthesis, loji gas kepada cair pertama dunia diperbadankan dan mula beroperasi pada 1993.

Pada 2016, kemudahan pertama LNG terapung di dunia oleh Petronas menghasilkan gas pertamanya, dan pada 2017, Petroleum Sarawak Bhd (Petros) milik kerajaan negeri diperbadankan.

[SUMBER: BERNAMA]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: