Perarakan Krismas meriah di Kuching dan Miri

Kemeriahan Krismas kian dirasai.

Seperti tahun sebelum ini, perarakan Krismas diadakan di beberapa tempat di Sarawak.

Perarakan Krismas di Kuching dan Miri pada malam Sabtu mewarnai suasana dua bandar raya itu di Sarawak.

Ia bukan sekadar perarakan, tetapi mencerminkan keharmonian dalam sanubari warga Sarawak.

Sesuatu yang harus dipelihara sampai bila-bila, malahan menjadi kebanggaan kita sebagai Sarawakian.

Perarakan Krismas di Kuching khabarnya disertai kira-kira 15,000 orang.

Manakala di Miri, kira-kira 40,000 orang.

Di Kuching, beberapa jalan diwarnai cahaya perarakan.

Para peserta mula berkumpul di Padang Jubilee MBKS, 6:00 petang hingga 9.30 malam.

Perarakan sejauh empat kilometer itu melalui Jalan Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman, Lebuh Temple, Lebuh Wayang, Jalan Tabuan, Jalan Ban Hock dan kembali ke Padang Jubilee.

Ia disertai 12 gereja dan organisasi.

Di Miri, menurut The Star, majlis pada tahun ini merupakan anjuran 15 buah gereja di Miri.

Akhbar itu memetik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Han berkata kehadiran ramai ini menunjukkan suasana muhibah penerimaan semua kaum dan agama di negeri itu.

“Sarawak memiliki keistimewaan yang patut kami pertahankan dengan apa cara sekali pun.

“Semangat muhibah dan perpaduan antara semua rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak ini sungguh bernilai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: