Pensyarah yang dilaporkan hilang ditemui selamat

KOTA SAMARAHAN:Seorang Pensyarah perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak yang dilaporlan hilang setelah tidak balik ke rumah di Merdang Gayam di sini sejak Isnin lalu ditemui selamat.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Superintendan Lee Chong Chern berkata,Norashikin Shariffidin,34, dikesan di Jalan Tun Jugah,Kuching pada jam 3.45 petang tadi.

“Dia kemudiannya dijumpai oleh anggota polis balai Sekama dalam keadaan baik.

“Anggota polis berkenaan memberitahu dia sempat memeriksa kad pengenalan orang yang dilaporkan hilang.

“Malah,Pensyarah itu turut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kota Samarahan memaklumkan dia dalam keadaan sihat,”katanya di sini hari ini.

Katanya,Pensyarah itu agak ketakutan apabila hendak ditahan dan terus memecut lari menggunakan keretanya.

“Dengan perkembangan ini kita merumuskan orang yang dilaporkan hilang dalam keadaan selamat,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: