Pengerusi Lembaga Unimas sedia kongsi wawasan

Pengerusi Lembaga Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang baharu Tan Sri Dr Kamal Mat Salih berkata beliau akan berkongsi wawasan untuk kemajuan universiti itu.

Dipetik FMT beliau berkata tidak sabar untuk berkhidmat di universiti dan Sarawak di sebalik kekecewaan Kerajaan Negeri tidak berunding dengan kepemimpinan negeri mengenai pelantikan itu.

“Saya sedia dan sudi berkongsi wawasan saya untuk universiti ini dengan semua pemegang taruh, termasuk kerajaan negeri,” katanya seperti dipetik FMT hari ini.

Melalui satu kenyataan, Pejabat Ketua Menteri berkata, Putrajaya sepatutnya berunding dengan kerajaan negeri mengenai pelantikan itu seperti sebelum ini.

Dalam kenyataan itu semalam, Pejabat Ketua Menteri kesal kerana Kerajaan Negeri tidak dirujuk terlebih dahulu mengenai pelantikan itu.

Perkhidmatan Tan Sri Sulong Matjeraie sebagai Pengerusi Lembaga Unimas disingkatkan dan diambil alih oleh Pengerusi Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) itu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Tiga pengerusi terdahulu sejak Unimas ditubuhkan pada 1993 ialah anak Sarawak.

Kamal dipetik berkata beliau tidak nampak sebarang isu timbul daripada pelantikannya.

“Saya terima tawaran itu. Saya hanya mahu menyumbang.

“Yang penting adalah bagaimana boleh menggunakan pengalaman dan pengetahuan saya untuk menyumbang kepada universiti dan Sarawak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: