Pengambilan konstabel polis tiga lokasi di Sarawak

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan eksesais pengambilan bagi jawatan Konstabel polis YA1 dan YT1 untuk lelaki sahaja bagi siri 2/2018 di beberapa lokasi di seluruh negara pada bulan ini.

Utusan Malaysia Online melaporkan calon-calon mestilah tidak melebihi umur 27 tahun pada 28 November ini dan mempunyai ketinggian 163 sentimeter ke atas.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, calon juga perlu mempunyai berat minimum 50 kilogram, indeks jisim berat (bmi) 19.0 hingga 29.0 serta ukuran dada 81 sentimeter untuk keadaan biasa dan 86 sentimeter semasa tarik nafas.

“Bagi jawatan konstabel YA1, calon perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf, kepujian dua subjek termasuk Bahasa Melayu dan lulus empat subjek lain.

“Sementara itu, bagi konstabel YT1 pula, kelulusan minimum adalah lulus Penilaian Tahap 3 (PT3) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau yang setaraf. Calon juga perlu kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus dalam empat subjek termasuk matematik,” katanya.

Asmawati memberitahu bagi Sarawak ujian fizikal diadakan di Batalion 12, Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri (18 November hingga 19 November), IPD Sibu (21 November hingga 24 November) dan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching (26 November hingga 28 November).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: