Penduduk Taman Nanas gempar dengan kelibat buaya

KUCHING:Penduduk di Taman Nanas Dua, Lorong Dahlia Tiga,Jalan Matang di sini gempar dengan kehadiran seekor buaya di kawasan kediaman mereka malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 11.19 malam.

“Seekor buaya bersaiz lebih kurang lima kaki sedang berlegar di lorong perumahan tersebut.

“Pihak Bomba telah berjaya menangkap serta mengikat buaya tersebut,”katanya.

Katanya,buaya itu akan dibawa balik ke balai terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: