Penduduk rumah panjang Tr Sandau terdedah ancaman tanah runtuh

KANOWIT: Sebanyak 14 buah pintu rumah panjang Tr Sandau Nanga Jawing,Sungai Mapai di sini terdedah kepada tanah runtuh berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Pihak Bomba menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.48 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya telah bergerak ke lokasi kejadian membuat pemantauan.

“Kita mendapati pintu bilik nombor satu hingga pintu bilik nombor empat, pintu bilik nombor 13 dan pintu bilik nombor 14 selamat.

“Manakala pintu bilik nombor lima hingga nombor 12 terjejas oleh runtuhan sementara pintu bilik nombor lapan dan pintu bilik nombor sembilan mengalami runtuh dibahagian dapur,”katanya di sini hari ini.

Katanya,pihak Bomba bertindak memberi nasihat dengan penduduk kampung supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat, seterusnya memasang sawar-sawar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: