Penduduk di beberapa bahagian Sarawak diminta berwaspada kemungkinan banjir

Penduduk kawasan rendah di Kuching, Samarahan, Serian, Bintulu, Kapit dan Sibu diminta berwaspada untuk kemungkinan banjir.

Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) mengeluarkan amaran mengenai aaras air sungai dan taburan hujan di beberapa kawasan di Sibu, Bintulu, Kapit dan Betong serta beberapa kawasan rendah lain.

*Paras air telah menampakkan corak melepasi aras bahaya antaranya di Nanga Entawau, Rajang menunjukkan trend menaik,’ kata kenyataan itu menambah manakala di Nanga Lemai, Balingian merekodkan catatan mendatar.

Di Maludam, Saribas, mengalami hujan lebat termasuk di beberapa tempat di Kuching.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir bagi kawasab Kuching, Serian dan Samarahan.

(Kredit Jiwa Bakti)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: