Pencarian Fatihah hari ketiga masih temui jalan buntu

SARATOK: Operasi Mencari dan Menyelamat(SAR) kanak-kanak perempuan Orang Kelainan Upaya(OKU),Nur Syahadah Fatihah Imam,10, yang memasuki hari ketiga hari ini masih menemui jalan buntu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pencarian bermula dari mangsa dikatakan jatuh dan menyusuri sekitar sungai sejauh radius dua hingga tiga kilometer.

“Sehingga kini mangsa yang dikhuatiri lemas selepas jatuh ke dalam sungai di jambatan Pengkalan Perahu Tambang Kabong masih gagal ditemui,”katanya di sini hari ini.

Katanya,kehilangan mangsa dilaporkan keluarga selepas tidak pulang sehingga malam Ahad lalu.

“Pada jam 8.30 malam keluarganya hanya menjumpai selipar dan barang memancing milik Nur Shadah di tepi jambatan,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: