Pemuda Padawan Menang Angpow Besar, Cipta Logo GPS

KUCHING: Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini menjadi lebih meriah lagi dengan ‘angpau besar’ yang diperolehi seorang pemuda dari Kota Padawan apabila menerima wang tunai RM10,000 ringgit selepas rekaan beliau dipilih menjadi logo rasmi Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Voon Chern Jyh, 20 tahun tidak menyangka rekaan logo beliau dipilih menjadi pemenang dikalangan lebih 3,000 penyertaan dalam pertandingan mencipta logo GPS yang dianjurkan bermula bulan Jun tahun lepas.

Pelajar dalam jurusan sofware engineering di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kuala Lumpur, Voon berkata beliau berbangga kerana rekaan beliau menjadi logo rasmi untuk parti yang memerintah di Negeri Sarawak.

“Saya hanya menghantar satu rekaan sahaja dan tidak menyangka rekaan tersebut berjaya menambat hati pemimpin-pemimpin Negeri Sarawak,” ulas Voon yang hadir bersama kedua ibu bapa beliau.

Tahniah kami ucapkan kepada anda Saudara Voon!

#sayangsarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: