Peminat rakit dialukan sertai Safari Rakit Layar-Spak Betong 2018

BETONG: Peminat sukan lasak dialu-alukan menyertai pertandingan Safari Rakit Layar-Spak Betong 2018 yang akan diadakan pada 2 Disember 2018 anjuran Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong.

Sebanyak empat kategori akan dipertandingkan iaitu kategori lelaki rakit buluh tertutup, wanita rakit buluh tertutup, lelaki rakit terbuka dan rakit berhias.

Penyertaan terbuka kepada individu berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, warganegara Malaysia, memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas serta berkebolehan berenang dengan baik,yuran RM100 akan dikenakan untuk setiap penyertaan.

Setiap pasukan mesti mendaftar sekurang-kurangnya empat peserta dan tidak boleh melebihi lapan orang, hanya empat orang sahaja dibenarkan berada di atas rakit ketika pertandingan.

Spesifikasi rakit yang dibenarkan mempunyai tiga hingga lima kaki lebar, panjang 20 hingga 25 kaki dengan reka bentuk bebas.

Pertandingan kali ini akan dilepaskan bermula di pangkalan Sekolah Kebangsaan (SK) Saint John Nanga Tiga seterusnya menuju ke Linsum, Pelikoi, Suluk, Begumbang, Penyelaneh sebelum sampai ke garisan penamat di Nanga Spak.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat boleh menghubungi pihak urus setia di alamat JTS Bahagian Betong, Blok A, Kompleks Kerajaan Negeri, Jalan Setia Raja 95700 Betong (083-472461) atau melalui Desmond Ngelayang (019-8387793) dan Willie Andria Egai (016-8561774).

Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan secara terus ke alamat di atas atau menerusi faksimili (083-472459) sebelum atau pada 28 November pukul 12.00 tengah hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: