Pembinaan LRT  Kuching-Kota Samarahan atas permintaan ramai

Banyak permintaan daripada ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang ramai agar kerajaan Sarawak melaksanakan pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT).

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menjelaskan hasrat meneruskan semula projek LRT antara Kuching dan Kota Samarahan itu adalah berdasarkan permintaan ramai.

Ketua Menteri berkata penangguhan projek itu diumumkannya pada 1 September 2018 bagi memberi keutamaan pelaksanaan projek infrastruktur asas di luar bandar.

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, bagaimanapun, saya menerima permintaan daripada ahli-ahli majlis perbandaran dan orang-ramai agar menimbang semula meneruskan projek LRT ekoran kesesakan lalu lintas di beberapa batang jalan sangat teruk,” jelasnya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching, Rabu ini.

Maka, adalah disyorkan agar kita memulakan pembinaan beberapa segmen sistem LRT.

“Laluan Kota Samarahan-Kuching mungkin amat memerlukannya,” katanya.

Laluan trafik antara dua lokasi itu menurutnya sering menjadi bahan rungutan ramai setiap hari terutama ketika waktu puncak, seawal pukul 5.00 pagi.

Beliau turut diberi jaminan LRT itu akan dibina menggunakan teknologi rel terkini yang lebih murah kos berbanding yang lain di Malaysia.

Lebih-lebih lagi modal kos projek boleh diperolehi daripada pemaju hartanah di kawasan laluan LRT yang juga akan menyediakan rumah mampu milik dan kawasan bandar moden.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: