Pembinaan Jambatan Kuala Kemena-Jepak di Bintulu sedang berjalan lancar.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berpuas hati dengan perkembangan projek.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jepak itu mendengar taklimat daripada JKR Bintulu mengenai status jambatan yang memakan kos sebanyak RM466.6 juta pada 7 Januari 2020.

Projek itu bermula pada April 2019 dengan dibiayai penuh Kerajaan Sarawak.

Ia dijangka siap pada 2 April 2023.

Jarak laluan yang menghubungkan pusat bandar Bintulu ke Lapangan Terbang Bintulu akan lebih dekat iaitu kira-kira 10 kilometer berbanding 25 kilometer sebelumnya apabila siap kelak.

Ini sekali gus memacu pertumbuhan bahagian Bintulu sebagai kawasan perindustrian di negeri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: