Pembangunan Sebuyau kian rancak

Foto: FB UKAS

Penduduk di Daerah Sebuyau melahirkan rasa gembira di atas kelulusan projek Pembinaan Chalet Sebuyau yang merupakan sebahagian pengisian Projek di Bandar Baru Sebuyau yang telah diluluskan program Walkabout YAB Ketua Menteri Sarawak yang bernilai RM10 juta.

Majlis Serah Tapak Projek Pembinaan Chalet Sebuyau Fasa 1 telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Julaihi Haji Narawi, Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau di Sebuyau, pada Sabtu.

Projek ini bakal mengubah landskap pembangunan di kawasan Sebuyau apabila siap kelak, katanya semasa berucap di Majlis Serah Tapak Projek Pembinaan Chalet Sebuyau.

Pelaksanaan projek ini akan bermula pada Januari 2019 (bulan ini) dan dijangka siap pada Januari 2020 untuk Fasa 1 dengan kos sebanyak RM6.8 juta di bawah seliaan Majlis Daerah Simunjan.

Hadir sama Residen Bahagian Samarahan Haji Brahim bin Lumpu, Datu Sejeli Kipli Pengurus Besar PELITA, Setiausaja Majlis Daerah Simunjan Geoffry bin Ramji, wakil Pegawai Daerah Simunjan Puan Zainab binti Halip dan Ketua-ketua Masyarakat dan ketua-ketua kaum di kawasan Sebuyau.

SUMBER: FB UKAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: