Pembangunan kawasan pesisir tumpuan Abang Joe

Hasil cukai jualan produk petroleum yang dikenakan kerajaan Sarawak mulai Januari 2019 akan dimanfaat untuk pembangunan negeri itu.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata dana itu turut dimanfaat bagi membangunkan melengkapkan kawasan pesisir dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur asas.

Antaranya projek pembinaan jalan pesisir dan jambatan yang berpotensi memajukan sosioekonomi kawasan itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutupan Pertandingan Marhaban anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di Kuching, pada Ahad.

Sarawak Voice melaporkan sejak menjadi Ketua Menteri, Abang Johari memberi tumpuan serius terhadap pembangunan pedalaman dan pesisir bagi memastikan jurang pembangunan dengan kawasan bandar dirapatkan.

Beliau berazam menangani masalah dan isu berkaitan dengan bekalan elektrik dan air bersih di seluruh Saerawak.

Dalam Bajet Sarawak 2019, RM11.9 bilion diperuntukkan.

Ia merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: