Pembangkang tak berani kacau Abg Joe berucap?

Sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak yang berakhir pada Rabu, nampak gaya bukan semata-mata menampilkan belanjawan mengkagumkan dari segi pertambahan besar dana.

Ada juga yang memberi makna mendalam walaupun tidak ramai yang perasan.

Ramai yang tidak perasan, mungkin, apabila sepanjang Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg membacakan ucapan penggulungannya tidak diganggu atau dicelah oleh ahli-ahli Dewan daripada blok pembangkang.

Penulis tidak mengikuti perjalananan sidang tersebut yang bermula pada 5 Nov. 2018.

Menurut catatan di Facebook seorang pegawai kanan kerajaan, begitulah ceritanya.

“Pelik tapi benar. Tercatat dalam sejarah Malaysia, wakil rakyat pembangkang tergamam, takut, tak berani mencelah dan mengganggu ucapan penggulungan Ketua Menteri di DUN (Dewan Undangan) Sarawak,” tulis beliau.

Tulisan itu terpampang di Facebooknya selang beberapa jam selepas Ketua Menteri Sarawak menyudahkan ucapan bagi mengakhiri sidang sesi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: