Pemandu treler maut dalam kemalangan kendiri

BINTULU:Nasib malang menimpa seorang pemandu treler setelah maut apabila lori treler yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di bulatan Taman Perindustrian Samalaju di sini petang tadi.

Mangsa dikenali Usman Marading,53, berasal dari Kampung Baru Laut Bintulu tersepit di bahagian hadapan lori treler berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.34 petang.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori treler membawa muatan batu, hilang kawalan lalu terbabas di tepi jalan.

“Mangsa yang tersepit dibahagian hadapan lori berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat,”katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan hospital dan diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: