Pemandu tersepit dalam kemalangan

KUCHING: Dua buah kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya berdekatan Taman Demak Indah,Petra Jaya awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya yang menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.29 pagi.

“Setibanya pasukan Bomba di tempat kejadian didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Proton Iswara yang bertembung dengan Pacuan Empat Roda (4WD) Triton menyebabkan pemandu Tritton telah tersepit di bahagian hadapan.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit terus dijalankan oleh pasukan Bomba menggunakan peralatan menyelamat,” katanya di sini hari ini.

Katanya,mangsa berjaya dikeluarkan dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans hospital untuk mendapat rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: