Pemandu panik, lori tiba-tiba terbakar

BETONG: Sebuah lori 10 tan yang berisi muatan batu tiba-tiba terbakar di simpang Betong pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.38 pagi.

“Kebakaran pada mulanya membabitkan bahagian tayar dan merebak ke bahagian belakang lori berkenaan.

“Operasi pemadaman terus dijalankan dengan menggunakan satu aliran saluran bantu mula air dari tangki jentera sehingga api dapat dikawal dan padam sepenuhnya,”katanya di sini hari ini.

Katanya,kebakaran telah memusnahkan 70 peratus kenderaan tersebut dan tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: