Pemandu berdepan detik cemas,tayar lori kontena terbakar

SIBU:Pemandu lori kontena berhadapan detik cemas apabila tayar lori kontenanya tiba-tiba terbakar di jalan Bawang Asan di sini ketika dalam perjalanan ke Tanjung Manis pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata, pihaknya yang menerima laporan pada jam 10.30 pagi bergegas ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan tayar lori kontena di bahagian belakang. Pihak Bomba bertindak membuat pemadaman sehingga api dapat dikawal dan padam sepenuhnya pada jam 11.16 pagi,” katanya di sini hari ini.

“Kemusnahan akibat kebakaran adalah 40 peratus melibatkan sebuah kontena kosong.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: