Pekerja binaan cedera dihempap runtuhan dinding

KUCHING: Malang bagi seorang pekerja binaan selepas cedera di kedua-dua belah kaki dan bahagiaan belakang selepas dihempap runtuhan dinding di Sekolah Kebangsaan (SK) Pajar Sejingkat di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi berkata,dalam kejadian pada jam 10.30 pagi itu, mangsa yang berumur 22 tahun dikatakan sedang melakukan kerja-kerja meruntuh kuartes lama guru.

” Dia tiba-tiba dihempap serpihan sebahagian struktur berkenaan dan mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.

Katanya, pihak Bomba dari MCC Kuching menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 10.42 pagi dan dengan kekuatan empat anggota terus bergegas kelokasi kejadiaan.

“Kita telah memberi rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya dihantar ke hospital bagi mendapakan rawatan selanjutnya,”ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: