Parents Sarawakian, anak layak terima insentif RM1000

Asalkan ‘parents’ Sarawakian, anak mereka yang dilahirkan pada tahun 2019, layak menerima insentif ‘one-off’ RM1,000.00.

Pemberian ini ialah inisiatif kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Kita menggalakkan Sarawakians melahirkan lebih ramai anak Sarawak, tidak kira di dalam atau di luar Sarawak, agar kita memiliki lebih ramai anak Sarawak yang gagah dan bijak dalam mempertahankan ibu pertiwi kita,” jelasnya.

Langkah ini ujarnya sejajar dari aspek strategik kebangsaan dalam menambah populasi Sarawakians.

Pemberian insentif itu jelasnya lagi tidak mengambil kira kaum, agama dan status sosial.

Insentif itu hanya dapat ditunaikan setelah anak berkenaan berumur 18 tahun.

Ini juga adalah untuk tujuan membantu anak-anak membiayai kos pendidikan mereka.

Abang Johari menjelaskan demikian pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 14 November 2018 di Kuching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: