‘Pampasan tanah tidak wajar, usah mudah percaya catatan media sosial’

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan catatan dalam media sosial bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus mengambil tanah masyarakat bumiputera bagi melaksanakanprojek pembangunan, tanpa memberi pampasan sewajarnya.

“Nampaknya, ada orang tertentu, yang saban hari hanya sibuk mengkritik kerajaan serta pemimpin.

“Mereka akan cari kesilapan atau isu dan sekiranya tiada, mereka akan mengada-adakannya, semata-mata untuk menggembirakan diri masing-masing,” kata Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak.

Pada majlis bertemu rakyat di Rh Entiggan di Munggu Gernis, Spaoh pada Ahad, beliau memberitahu Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM40 juta bagi kerja menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) pada tahun depan.

Peruntukan itu adalah sebagai lambang komitmen serius Kerajaan Sarawak untuk membantu pemilik tanah NCR.

“Kita mempunyai kelainan dan kerumitan seperti tanah NCR, kemudian isu berkaitan seperti ’pemakai menoa’ (domain wilayah) dan ’pulau galau’ (hutan simpan komunal),” katanya.

Oleh itu, syor yang dikemukakan seorang menteri persekutuan baru-baru ini agar satu kanun tanah kebangsaan secara tunggal diwujudkan, adalah tidak praktikal, jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: