Ordinan Warisan Sarawak 2019 membuka ruang Pasar Lama Lingga dinaik taraf dan diiktiraf sebagai warisan sejarah Sarawak.

Catatan ADUN Lingga YB Hajah Simoi Peri menerusi FB Pusat Khidmat DUN Lingga

Alhamdulillah…permohonan saya semasa Persidangan DUN baru-baru ini mengenai naik taraf Pasar Lama Lingga untuk dijadikan warisan telah mendapat perhatian dan tindakan dari Kerajaan Sarawak.

Petang kelmarin, arkitek dari Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Jabez Ho telah datang ke Pasar Lingga bagi meninjau dan melihat sendiri struktur Pasar Lingga yang unik yang mempunyai seni bina Inggeris.

Tinjauan ini bertujuan melihat dan menganggarkan kos pembangunan yang akan digunakan bagi menaik taraf Pasar Lama Lingga.

Berdasarkan sejarahnya, Pasar Lama Lingga telah dibina pada tahun 1849 semasa zaman pentadbiran Rajah Brooke yang digunakan sebagai tempat askar-askar Rajah Brooke menentang lanun-lanun pada masa itu.

Pasar Lama Lingga ini masih wujud dan bertahan sehingga boleh dilihat pada hari ini.

Keputusan Kerajaan GPS Sarawak meluluskan Ordinan Warisan Sarawak 2019 telah membuka ruang untuk Pasar Lama Lingga ini dinaik taraf dan diiktiraf sebagai warisan sejarah Sarawak.

Terima kasih Ketua Menteri Sarawak dan Kerajaan Sarawak atas keprihatinan dalam mengambil berat warisan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: