Nanas dari Tanjung Manis dijangka menembusi pasaran Hong Kong pada September ini

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan pada Isnin telah meluangkan masa melawat ladang tanaman nanas yang dimiliki Saramanis Sdn Bhd di Tanjung Manis.

Ladang yang terletak di dalam zon Halal Hub Tanjung Manis tersebut berkeluasan 93 ekar dan dijangka menerima hasil tuaian pertama pada Mac ini.

Menurut pengarah eksekutif syarikat tersebut Jason Jong, antara nanas yang ditanam terdiri dari varian MD2, Josapine, N36 dan Paun.

“Kami menjangka perjanjian eksport ke Hong Kong akan dapat dipenuhi pada September tahun ini,” kata Jong.

Jong berkata syarikat tersebut bercadang untuk turut terlibat dalam industri hiliran dari tanaman tersebut seperti pembuatan jus, dan menambah mereka juga dalam perancangan untuk melibatkan penduduk sekitar Tanjung Manis dlm program pembelian hasil menerusi program ladang kontrak.

Turut hadir pada lawatan tersebut adalah Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sarawak Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah & Alam Sekitar Sarawak Datu Haji Len Talif Salleh dan pengurus besar Sarawak Timber Industri Development Corporation (STIDC) Haji Hashim Bojet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: